Trader Mohon Siap Sedia Menjelang Gelora Inflasi & Minit FOMC!

446

Pasaran bergerak tenang menuju penerbitan data inflasi Amerika Syarikat, menyaksikan dagangan US dolar kekal melemah berbanding pesaing utamanya.

Sesi Eropah menyaksikan mata wang gergasi itu kekal bergelut untuk mencatatkan kenaikan dengan indeks dolar didagangkan rendah pada sekitar harga 102.00.

Pun begitu, US dolar masih lagi mengekalkan keuntungannya berbanding mata wang yen untuk kekal diniagakan di paras tertinggi 4 minggu.

Indeks harga pengguna (CPI) AS yang bakal diterbitkan pada sesi New York dijangka meningkat kepada 5.1% pada bulan Mac daripada 6% yang dicatatkan sebelumnya.

Sekiranya angka yang diterbitkan menunjukkan inflasi kekal kukuh dan tidak memuaskan, ia berupaya mencetuskan volatiliti yang tinggi dalam pasaran malam ini.

Selain data inflasi, pelabur juga akan memberi tumpuan kepada keluaran laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis.

Dalam pada itu, mata wang euro terus memanfaatkan penyusutan US dolar yang meluas untuk memadamkan kerugian terdahulu dan menokok lebih tinggi.

Mata wang pound pula diniagakan stabil menjelang ucapan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey malam ini.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand bergerak mendatar walaupun di tengah-tengah kelemahan berterusan yang dipaparkan dolar greenback.

Sementara itu, dolar Kanada pula didagangkan sedikit berubah ketika tumpuan pasaran kini disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada sesi New York akan datang.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat