Trader Perlu Berhati-Hati Dengan Situasi Pasaran Sekarang

1,421

Minggu ketiga bulan Jun bermula dengan kerugian bagi matawang berasaskan Dolar AS dan ekuiti berikutan perkembangan semasa isu Brexit dan tindakan Federal Reserve mengumumkan rancangan untuk membeli bon korporat.

FED telah menjadi perhatian utama dunia melalui pengumuman pembelian yang besar ini. Sementara tindakan ini baik untuk ekuiti dan perbendaharaan, ia telah mendorong Dolar AS melemah pada Isnin – penawaran dalam pasaran yang meningkat akan melemahkan matawang. Tetapi peniaga harus berhati-hati kerana pembelian bon ini tidak akan mengakhiri krisis kesihatan wabak coronavirus.

Tidak ada yang lebih merisaukan bagi pemimpin dunia, pelabur dan semua orang yang terlibat selain gelombang kedua coronavirus dan kemungkinan merebak semula dengan cepat. Sayangnya kebimbangan itu menjadi kenyataan di kebanyakan tempat di dunia.

Di Amerika Syarikat, kes baru di Florida, Texas dan Arizona mencapai paras tertinggi setiap hari. Di negara-negara lain, kita dapat melihat peningkatan kes baru di bandar-bandar besar seperti Beijing dan Tokyo. Keputusan China untuk mengembalikan langkah kawalan pergerakan telah membuat ramai bimbang bahawa langkah-langkah yang sama akan diambil di bahagian lain seluruh dunia. Setakat ini China telah menutup 29 komuniti kediaman, menutup pasar utama, melarang pelancongan antara wilayah dan menangguhkan pembukaan semula sekolah.

Perubahan arah saham bermula minggu lalu dan ia boleh menandakan kedudukan tertinggi bagi ekuiti sekiranya jumlah kes semakin meningkat. Setakat ini, jumlah wabak “secara rasmi” yang dilaporkan di China dan Jepun adalah kecil tetapi jika mereka melonjak menjadi tiga digit setiap hari, China mungkin mengambil tindakan sekatan yang lebih besar dengan kesan ekonomi yang lebih serius.

Sekiranya itu berlaku, kita pasti akan melihat penjualan matawang dan ekuiti yang lebih ketara melibatkan AUD/USD dan USD/JPY akan menjadi yang paling terjejas. Di US Oregon, Utah, Nashville dan Baltimore menangguhkan pembukaan semula. Anggota White House dari Naib Presiden, Mike Pence sehingga Penasihat Ekonomi, Larry Kudlow telah menafikan ancaman gelombang kedua tetapi peningkatan mendadak jumlah kes di Sun Belt menimbulkan kebimbangan yang lebih besar.

Sementara sejumlah laporan ekonomi penting dijadualkan diumumkan minggu ini termasuk jumlah perbelanjaan pengguna dari AS – yang mencatatkan kenaikan mendadak, dan Monetary Policy UK pada Khamis, pendorong utama aliran pasaran dan risiko yang bakal mempengaruhi pasaran tetap adalah perkembangan kes COVID-19.

Pelan rangsangan ekonomi yang bakal berakhir terutama untuk rakyat AS yang kehilangan pekerjaan juga boleh menyebabkan penurunan matawang dan ekuiti yang lebih ketara. Di AS, Kudlow telah mengatakan bahawa faedah pengangguran tambahan $600 seminggu tidak akan dilanjutkan apabila telah tamat bulan depan. Parti Demokrat mahukan insentif ini diteruskan tetapi Parti Republik yang memerintah menolaknya. Memandangkan bahawa pembayaran tambahan ini memberi faedah kepada banyak keluarga untuk terus bertahan, kesan ekonomi yang buruk dapat menghancurkan berjuta-juta rakyat Amerika.

Ini akan mengurangkan pendapatan mereka sepertiga dan memberi tamparan hebat kepada perbelanjaan musim panas. Walaupun ada peluang yang sangat baik Demokrat dan Republikan mencapai beberapa perjanjian yang mungkin cuba mengimbangi antara insentif pengangguran dengan kadar pengangguran negara itu, namun tindakan itu dilihat tidak akan setimpal dengan program semasa. Ini menimbulkan risiko serius kepada perkembangan pasaran ekuiti dan risk appetite.

Selain itu, data-data AS dijangka terus bertambah baik dengan data perbelanjaan yang diumumkan pada Selasa meningkat sebanyak 17.7% jauh lebih baik berbanding jangkaan sebanyak 8% setelah jatuh -16.4% pada bulan sebelumnya. Antara pertengahan Mei dan awal Jun, matawang dan ekuiti berkembang ke arah pemulihan dan sekarang kita berpeluang untuk melihat seberapa kuat pemulihan ini. Langkah-langkah kawalan pergerakan menyebabkan kelembapan kepada aktiviti ekonomi pada bulan Mac dan April tetapi setelah sekatan pergerakan dilonggarkan, permintaan yang meningkat seharusnya meningkatkan perbelanjaan. Satu-satunya persoalan adalah sebesar mana pemulihan akan berlaku. Data penjualan runcit AS yang meningkat telah menjadi lebih penting daripada mesyuarat Bank of Japan, di mana bank pusat BOJ terus mengekalkan kadar tidak berubah pada -0.10%.

Pelabur juga harus mengawasi matawang Euro dan Sterling. Tinjauan ZEW Jerman yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan peningkatan dan mungkin sedikit sebanyak diharap menambah keyakinan pelabur. Sementara itu, Bank of England akan menjadi satu-satunya bank pusat utama yang meringankan dasar monetari minggu ini. Keputusan akan diumumkan pada Khamis 7.00pm Waktu Malaysia. Keputusan mereka akan didorong sebahagiannya oleh data pasaran buruh yang telah diumumkan pada Selasa. Walaupun data pengangguran kekal seperti bulan sebelumnya iaitu 3.9%, PMI menunjukkan bahawa keadaan pasaran buruh tetap lemah. Oleh itu Sterling adalah yang paling terdedah kepada kerugian minggu ini.

Namun jika ancaman gelombang kedua Covid-19 terus meningkat, pasaran akan semakin berisiko dan permintaan terhadap matawang safe haven seperti Dolar AS dan Yen akan meningkat seperti yang ditunjukkan pada Selasa. Begitu juga permintaan terhadap komoditi emas.

Rancang trading anda dengan berhemah dan dengan pengurusan yang betul.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat