Trader Sauk 143 Bilion PEPE, Fenomena ‘Bullish’ Menghampiri?

416

“Banyak orang makin suka eh memecoin katak ni, apa yang best sangat?”

Pepe Coin (PEPE), memecoin bertemakan katak sekali lagi menarik perhatian di dalam pasaran mata wang kripto setelah harganya mendaki tinggi disebabkan seorang pelabur bijak yang mencetuskan tipu daya serta menimbulkan spekulasi.

Diperjelaskan lebih lanjut, entiti dikenal pasti melalui address 0x2db3fb yang menonjolkan gerakan strategiknya telah melabur kira-kira 1.26 juta USD Coin (USDC) bagi memperoleh sejumlah 142.96 bilion PEPE.

Strategi berani tersebut ditambah pula terdapat rekod dagangan mengagumkan susulan memiliki kadar kemenangan 85.7% telah menimbulkan keyakinan tentang pergerakan harga masa depan PEPE yang kian raih populariti.

Selain minat dan penglibatan komuniti yang semakin meningkat disebabkan pencanakan ketara dalam Volum Sosial, pendakian dalam aktiviti media sosial yang mengelilingi PEPE turut memainkan peranan penting dalam menaikkan harganya.

Didedahkan oleh Changelly, PEPE berkemungkinan besar akan didagangkan pada $0.0000164 pada Mei 2024 kemudian harganya akan melonjak ke paras tertinggi $0.0000242 pada bulan tersebut.

Susulan terdapat strategi wang pintar dan perhatian media sosial yang kian meningkat, kemungkinan PEPE untuk mencapai paras $0.00001 paling dinanti-nantikan kelihatan sangat dekat dan sangat berpotensi.

Setakat penulisan ini, harga PEPE yang didagangkan pada paras $0.0000081 telah mencatatkan terjunan sedikit 5.87% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $3 bilion tetapi tetap raih 11.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat