Trend Kekal Bullish, GBP/USD Panjat Lagi 150 Pips Capai $1.2200!

146

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat mengekalkan pergerakan trend bullish menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini dengan kenaikan harian 150 pips dicatatkan semalam.

Ini menyusuli lonjakan 200 pips yang berlaku pada Jumaat lalu ketika tumpuan terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Krisis perbankan di AS yang menggemparkan pasaran telah memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sementara Pound memanfaatkan peluang untuk meningkat semula.

Setelah kenaikan harga pada carta GBP/USD mencapai 1.21000 Jumaat lalu, kenaikan diteruskan lagi semalam mencapai zon tumpuan 1.22000 di penghujung sesi New York.

Harga sedikit susut dari paras tertinggi terbaru 4 minggu yang dicapai itu, menyambung dagangan di sesi Asi pagi ini (Selasa).

Dengan corak bullish yang dipaparkan, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan 1.22000.

Sasaran seterusnya adalah untuk menuju ketinggian terbaru pada sekitar 1.23000 setelah kali terakhir harga didagangkan di paras tersebut pada Januari lalu.

Penganalisis walau bagaimanapun tidak menolak penurunan harga boleh berlaku semula dengan situasi pasaran yang tak menentu ketika ini.

Harga boleh turun menguji kembali paras 1.21000 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke sekitar 1.20000.

Susut di bawah zon tersebut dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut akan memberi isyarat untuk perubahan trend menurun harga semula.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan UK di sesi Eropah sebelum beralih kepada data inflasi AS di sesi New York untuk menilai pergerakan kedua-dua mata wang Pound dan US dolar hari ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat