TRON Lancarkan Dana Bernilai $300 Juta, ‘TRON Arcade’

511

Dalam perkembangan terbaru, TRON telah melancarkan dana ‘TRON Arcade’ dengan kerjasama perintis projek non-fungible token (NFT), APENFT dan projek DeFi, WINKLink.

TRON Arcade merupakan sebahagian daripada projek GameFi, iaitu gabungan antara tiga sektor: DeFi, NFT, permainan maya.

Dana tersebut yang dikatakan bernilai $300 juta merupakan peruntukan khas untuk menyokong pembangun mencipta permainan berkonsepkan play-to-earn, sekaligus membina kandungan DeFi yang mampan dan komuniti hiburan di ekosistem TRON, APENFT, dan WINKLink.

GameFi membuka peluang kepada pemain untuk menjana ganjaran melalui permainan seperti yang diketengahkan oleh pengasas permainan Axie Infinity (AXS) dan The Sandbox (SAND).

Menurut TRON, dana tersebut akan menyokong pelbagai projek GameFi dalam tiga tahun akan datang. Ini menunjukkan usaha TRON yang serius dalam mempromosikan secara luas penerapan teknologi blockchain dan meningkatkan jumlah penggguna.

Sementara itu, pengasas TRON telah mengetengahkan inisiatif yang berkaitan dengan NFT melalui pelancaran dana, ‘JUST NFT Fund’ pada Mac lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat