Kenali The Sandbox (SAND), Permainan Berasaskan Blockchain Dengan Ganjaran Kripto!

3,246

Seperti Axie Infinity (AXS), The Sandbox juga menawarkan keuntungan lumayan dalam matawang kripto ketika sektor gaming desentralisasi sedang booming!

Apa itu The Sandbox (SAND)?

The Sandbox merupakan permainan video yang berasaskan blockchain di rangkaian Ethereum. Sama seperti AXS, permainan ini menawarkan matawang kripto sebagai ganjaran melalui cara utama, non-fungible token (NFT).

Pemain boleh menjual beli NFT di platform dagangan The Sandbox. NFT yang paling menjadi perhatian ialah tanah (LAND) yang mana pengguna boleh milikinya dalam permainan tersebut, atau dikenali sebagai metaverse.

Selain LAND, ASSETS juga menjadi tumpuan pemain kerana boleh dijual beli dalam bentuk NFT.

Di LAND tersebut, pemain boleh membangunkan apa saja termasuk permainan, diorama atau galeri seni, dan secara tidak langsung boleh meraih keuntungan daripadanya sama ada dijual atau disewa.

Didapati sebanyak 166,464 LANDS tersedia dan ada diantaranya telah dimiliki oleh rakan kongsi seperti Square Enix, Atari, Rollercoaster Tycoon, Binance, Smurfs, dan Deadmau5.

3 Produk Asas Di Sebalik The Sandbox

  1. VoxEdit:Pengguna berpeluang untuk mencipta dan menganimasikan objek 3D di metaverse, sama ada orang, haiwan, dan peralatan. Hasil kreativiti inilah dikenali sebagai ASSETS. Biasanya ASSETS didagangkan rata-rata kurang daripada 10 SAND sehinggan ribuan SAND.
  2. The Sandbox Marketplace:Ruang untuk pengguna menerbitkan dan menjual ASSETS selepas selesai memuatnaik di InterPlanetary File System (IPFS).
  3. The Sandbox Game Maker: Pengguna dibenarkan untuk mencipta permainan 3D secara percuma.

Token Dalam Ekosistem The Sandbox

SAND merupakan token natif yang berfungsi untuk menjalankan transaksi dan interaksi. Selain digunakan dalam permainan (contoh: pembelian ASSETS dan LAND), SAND juga digunakan untuk membuat undian bagi menentukan perubahan ekosistem sebaik saja The Sandbox DAO dilancarkan.

Pemain juga boleh stake SAND untuk mendapat lebih banyak SAND, termasuk GEMS dan CATALYST – token yang perlu ada untuk pembinaan ASSETS. GEMS juga boleh dibeli daripada pemain lain.

Projek The Sandbox

Baru-baru ini The Sandbox telah membuat kolaborasi bersama The Walking Dead. Khabarnya, mereka mahu melancarkan pengalaman permainan berkonsepkan zombi melalui pengenalan NFT zombi. Bagaimanapun, maklumat lanjut berkaitan integrasi itu tidak didedahkan sehingga hari ini.

Walaupun tidak tahu bila pelancaran rasminya, sedikit sebanyak akan memberi kesan positif kepada harga SAND.

Sebelum ini juga Spartan Black ada mendakwa SAND antara token yang mendapat perhatian tinggi dan menguntungkan selain Axie Infinity (AXS), mendorong pasaran kripto untuk bullish.

Jika berminat untuk membeli SAND…

Anda boleh dapatkan di beberapa platform global seperti Gemini, Crypto.com, dan Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat