Spartan Black Dakwa Token Gaming Mampu Meriahkan Pasaran Kripto!

495

Firma pelaburan blockchain, Spartan Black baru-baru ini ada berkongsi sektor kripto terbaru yang sedang ‘panas’ mencuri perhatian pelabur kripto tidak mustahil akan mendorong kepada bullish, membawa Bitcoin (BTC) kembali didagangkan di atas paras harga $40,000.

Dalam ciapan Twitter pada 24 Julai, Spartan Black memberitahu token gaming desentralisasi telah menunjukkan perkembangan yang luar biasa, sama seperti yang berlaku terhadap jumlah nilai terkunci (TVL) kewangan desentralisasi (DeFi) pada tahun lalu.

Lihat saja kepada Axie Infinity (AXS) dan Sandbox (SAND) yang berkembang pesat sama luar dari jangkaan. Rata-rata dua aset itu mencatatkan prestasi yang jauh lebih positif berbanding matawang kripto yang lain.

Pada bulan ini sahaja, Axie Infinity merekodkan 350,000 pengguna setiap hari dan The Sandbox pula mendedahkan mereka telah menerima satu juta pengguna aktif.

Firma itu mendakwa, jika Bitcoin mampu tembus paras $40,000, maka aset yang paling menonjol ketika itu sudah tentu AXS dan SAND, diikuti dengan rangkaian sosial dan gaming, Flow (FLOW).

Malah, tidak mustahil juga dana kripto yang menerima kurang pendedahan terhadap token gaming ini akan mula memberi perhatian. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan penilaian aset ini melebihi daripada apa yang disaksikan terhadap sektor DeFi pada tahun lepas.

Spartan Black menjangkakan jika dana-dana ini mula melabur ke dalam aset gaming, diikuti pula penyenaraiannya di platform pertukaran kripto seperti Coinbase, lonjakan aset-aset ini jauh lebih tinggi yang dibayangkan!

Apa-apa pun, ketika penulisan sektor kripto dilihat mula pulih dengan pergerakan Bitcoin menunjukkan isyarat positif.

BTC pada pagi tadi telah menyentuh paras $39,802 sebelum susut dan didagangkan pada rekod semasa penulisan, $38,312, meningkat lebih 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat