TrueUSD (TUSD) Tiba-Tiba Di’depeg’ Selepas Pengunduran CZ! Ini Apa Yang Berlaku

264

TrueUSD (TUSD) stablecoin mengalami proses untuk dinyah tambat dan dalam masa yang sama harga merosot ke paras rendah $0.995 disebabkan pelbagai faktor termasuk pesanan jualan yang besar-besaran selepas Changpeng “CZ” Zhao meletak jawatan sebagai CEO Binance dan Reuters pula melaporkan bahawa mereka yang terliba dalam salah laku lebih suka Tron milik Justin Sun berbanding Bitcoin untuk memudahkan pembiayaan. Pada ketika ini, harga TUSD berdagang pada $0.996 selepas cuba untuk ditambat semula.

Stablecoin TrueUSD (TUSD) mula merosot pada awal minggu ketika para trader menjual aset mereka berikutan kebimbangan yang meningkat selepas pengunduran Changpeng “CZ” Zhao sebagai CEO bursa kripto terbesar di dunia, Binance. Tindakan untuk menyah tambah telah membuat keadaan kian buruk pada 27 dan 28 November, dengan harga TUSD merosot sehingga $0.995.

Riyad Carey, seorang penyelidik di Kaiko, melaporkan bahawa tambatan stablecoin TUSD kelihatan goyah disebabkan oleh beberapa pesanan jualan besar-besaran di pasaran.

Justin Sun tampil beri maklum balasa melalui platform X yang menjelaskan bahawa Tron adalah desentralisasi seperti Bitcoin dan Ethereum. Beliau menambah bahawa pasukan Tron komited untuk memerangi pembiayaan jika terkait dengan salah guna.

Harga Tron (TRX) turun lebih dari 8% kepada $0.100, dengan harga saat ini berdagang pada $0.101, turun 1% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kerana TUSD disokong oleh bekas CEO Binance CZ dan pengasas Tron Justin Sun, berita ini menyebabkan kecairan besar-besaran TUSD. Stablecoin ini gagal untuk ditambat semula walaupun pelbagai percubaan, dan kini didagangkan pada harga $0.996.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat