Trump Berang Dengan Tindakan WHO, Ugut Tahan Dana!

1,669

Gara-gara kekacauan yang telah berlaku di seluruh dunia yang disebabkan oleh penyebaran wabak pandemik COVID-19, Presiden Donald Trump telah menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang didakwa lambat bertindak.

Menurut Trump, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu mengambil masa yang sangat lama bagi mengisytiharkan wabak berkenaan sebagai pandemik dan mengumumkan kecemasan kesihatan di peringkat global. Oleh yang demikian, virus merbahaya tersebut telah tersebar dengan pantas ke seluruh pelosok dunia. Terkini, lebih 1.4 juta penduduk dunia telah dijangkiti dan sebanyak lebih 81,000 nyawa telah terkorban.

Tambahan daripada itu, Presiden Amerika Syarikat itu turut mendedahkan bahawa beliau telah mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal dengan menyekat segala perjalanan masuk dari China ke Amerika Syarikat sejak 30 Januari lalu.  Berikutan dengan penyekatan tersebut, WHO telah mengkritik dan menolak tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin negara berkenaan pada peringkat awal penyebaran wabak itu.

Oleh yang demikian, Trump akan melaksanakan pemotongan dana terhadap agensi tersebut. Untuk pengetahuan semua, Amerika Syarikat merupakan penyumbang dana terbesar kepada WHO. Kongres telah mengesahkan dana sebanyak $ 122 juta untuk WHO pada tahun ini, manakala Trump telah mencadangkan agihan sebanyak $ 58 juta sebagai pembiayaan untuk kumpulan itu pada tahun hadapan.

Semalam, presiden negara kuasa besar itu sekali lagi menegaskan bahawa akan menahan dana bagi agensi berkenaan melalui sebuah posting di laman twitternya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat