Trump Beri Amaran Kepada China Agar Tidak Terus Berlengah Dalam Rundingan Perdagangan AS-China!

1,097

Isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China kembali tegang apabila kedua-dua buah negara besar saling mengenakan tarif bermula September ini. Pada hari ini, Presiden AS Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan baru mengenai hubungan perdagangan AS-China. Beliau mengatakan bahawa rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dan China sedang berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama beliau (Trump) memberi amaran akan bersikap lebih keras jika rundingan ini terus berlanjut sehingga fasa kedua beliau.

Trump menulis di halaman Twitter beliau ” Ketika ini rundingan antara Amerika Syarikat dengan China sedang berjalan dengan lancar. Trump juga mengatakan Beijing tidak dapat mengheret rundingan ini lebih lama kerana kesan perang dagang ini juga beri kesan terhadap ekonomi mereka.

Walaubagaimanapun Trump tidak memberi rincian tentang rundingan tersebut dan bagaimana ia boleh jadi lebih rumit. Kata Trump, jika Amerika Syarikat dan China tidak menyelesaikan ketegangan hubungan perdagangan ini dan beliau memenangi pilihan raya akan datang, maka perjanjian ini akan menjadi lebih rumit! Dalam masa yang sama, rantaian pengeluaran China akan rosak, perniagaan, pekerjaan dan aliran tunai akan hilang!.

Trump dan ahli Republik kerap kali mengulangi bahawa Beijing sedang mecuba untuk menangguhkan rundingan perdagangan ini dengan harapan parti Demokrat akan memenangi pilihan raya dan menawarkan perjanjian yang lebih baik.

AS telah mula mengenakan sebanyak 15% tarif ke atas barangan import China pada hari Ahad dan dalam masa yang sama China juga mengenakan tarif ke atas minyak mentah Amerika Syarikat.

China juga telah membawa usulan kepada WTO mengenai tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Naib Perdana Menteri China, Liu He mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa China dengan tegas menentang perang perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat