Trump Betul-betul ‘Naik Hantu’, Larang Rakyat Download TikTok Dan WeChat!

372

Jabatan Perdagangan AS menyatakan akan mengeluarkan larangan terhadap rakyat Amerika Syarikat supaya tidak memuat turun aplikasi pesanan ringkas milik WeChat dan aplikasi perkongsian video TikTok mulai 20 September.

Selain itu, pegawai perdagangan mengatakan bahawa larangan tersebut masih boleh dibatalkan oleh Presiden Donald Trump sebelum ianya dikuatkuasakan pada hari Ahad kerana pemilik TikTok, ByteDance masih berusaha untuk mencapai kesepakatan mengenai nasib operasi aplikasinya itu di AS.

Sebelum ini, ByteDance telah mengadakan perbincangan dengan Oracle Corp dan yang lain untuk mewujudkan syarikat baru, iaitu TikTok Global, yang bertujuan untuk mengatasi kebimbangan AS mengenai keselamatan data penggunanya. Walau bagaimanapun, ByteDance masih memerlukan persetujuan Trump untuk menghentikan sekatan AS.

Namun, pegawai perdagangan mengatakan bahawa mereka tidak akan melarang transaksi teknikal tambahan untuk TikTok sehingga 12 November, yang memberi syarikat tersebut masa tambahan untuk mencapai kesepakatan bagi operasinya di AS.

Seterusnya, jabatan itu mengatakan bahawa tindakan itu akan melindungi pengguna di AS dengan menghentikan akses kepada aplikasi ini dan mengurangkan fungsi mereka dengan ketara.

Lebih parah lagi, mereka turut akan melarang platform aplikasi Apple Inc, Google Play Alphabet Inc. dan yang lain daripada menawarkan aplikasi tersebut di dalam AS walau apa cara sekali pun. Namun begitu, perintah itu tidak akan melarang syarikat AS menjalankan urusniaga bersama WeChat di luar Amerika Syarikat, seperti Walmart dan Starbucks yang menggunakan program aplikasi tersebut WeChat untuk memudahkan transaksi yang melibatkan pengguna di China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat