Trump Memberi Amaran Mungkin Menamatkan Perjanjian NAFTA

62

Presiden Trump memberi amaran pada Selasa bahawa beliau berkemungkinan akan menamatkan perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA) dengan Mexico dan Canada selepas rundingan tiga-hala dilihat gagal membawa ke titik persamaan.

Amerika Syarikat, Canada dan Mexico memulakan rundingan pertama mereka pada Ahad bagi memperbaharui struktur perjanjian namun tidak banyak perkara positif yang terhasil. Trump dalam manifesto beliau sebelum ini berjanji akan merundingkan semula perjanjian perdagangan tahun 1994 ini dengan alasan Amerika Syarikat mengalami banyak kerugian disebabkan NAFTA.

“Secara peribadi, saya tak rasa kita akan bersetuju dengan perjanjian. Saya rasa berkemungkinan kami akan menamatkan perjanjian NAFTA ini,” kata Presiden Trump di Phoenix, Arizona.

Dengan mencadangkan penamatan NAFTA dan memulakan semula rundingan, Trump berkata: “Saya secara peribadi tak rasa kita boleh membuat perjanjian tanpa menamatkan NAFTA.”

Selepas daripada komen oleh Trump ini, menteri luar Mexico Luis Videgaray menyatakan di dalam Twitternya, ” Tiada kejutan: kita memang telah berada dalam rundingan. Mexico akan kekal di meja rundingan dengan tenang, tegas bersama kepentingan negara.”

Rundingan seterusnya akan berlangsung pada 1 – 5 September seperti yang dikatakan sendiri oleh pegawai-pegawai perdagangan dari tiga negara tersebut di dalam sidang media.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat