Tudia! Ada Firma Pelaburan Beli $1.3 Billion Dalam 10 Spot BTC ETF!

277

“Bukan kaleng-kaleng eh, boleh dikatakan banyak juga firma ini melabur dalam spot BTC ETF.”

Susquehanna International Group, sebuah firma pelaburan yang memiliki aset di bawah pengurusan (AUM) $481 bilion dilaporkan melabur sejumlah besar wang $1.3 bilion di dalam 10 spot Bitcoin (BTC) ETF.

Namun perlu diketahui Susquehanna telah menjadi pemegang terbesar Grayscale Bitcoin Trust ETF (GBTC) susulan firma tersebut telah bertindak melabur lebih $1 bilion untuk memiliki kira-kira 17 juta unit GBTC.

Suka dimaklumkan Susquehanna juga adalah pemegang terbesar dalam Fidelity Wise Origin Bitcoin ETF (FBTC), di mana firmanya memegang $83,745 dalam FBTC yang merupakan kedua terbesar dari segi aliran masuk.

Selain memperoleh pegangan dalam Ark 21Shares Bitcoin ETF (ARKB) bernilai $36,116, iShares Bitcoin ETF (IBIT) bernilai $23,596 dan Bitwise Bitcoin ETF (BITB), Susquehanna turut melabur dalam VanEck, WisdomTree, Invesco Galaxy, Valkyrie serta Franklin Templeton Bitcoin ETF.

Sehingga setakat ini, Susquehanna yang merupakan pemilikan terbesar BTC ETF telah menunjukkan terdapat permintaan besar daripada pelabur institusi ditambah pula BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) sudah melihat aliran masuk bersih $217 juta.

Pada sisi berbeza, firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong membeli BTC ETF yang besar secara langsung di AS, misalnya Ovata Capital Management melabur $75.53 juta dalam empat spot BTC ETF yang disenaraikan di AS.

Diperjelaskan lebih lanjut, Ovata yang melabur $25.93 juta dalam FBTC untuk menjadi pemegang terbesarnya turut memegang $10.88 juta dalam IBIT kemudian memperoleh GBTC dan BITB di mana masing-masing bernilai $21 juta serta $16 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat