Tumpuan Pada Kenaikan Kadar Faedah Oleh The Fed Beri Kesan Pada Saham Global, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

79

Saham Global

Saham Asia turun naik pada hari Rabu namun dibuka sedikit menguat berikutan tumpuan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah.

Indeks Nikkei 225 jatuh sedikit sebanyak 0.04% pada awal perdagangan. Namun, saham pengeluaran kenderaan dan kewangan menguat walaupun di tengah kejatuhan saham tenaga. Saham teknologi pula mengalami turun naik.

Di Korea, indeks Kospi naik 0.35%,berikutan  lawatan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in selama empat hari di China. Program senjata nuklear Korea Utara dan sistem pertahanan THAAD di Seoul akan menjadi agenda yang akan dibahaskan.

Saham Australia juga menguat apabila indeks S&P/ASX 200 yang dibuka naik 0.2%. Saham Westfield melonjak naik 14.41% setelah menerima tawaran senilai US$ 15.7 juta dari Unibail-Rodamco.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dalam dagangan terpilih berikutan pemilihan berdagang oleh pelabur.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,729.39, susut 0.18 mata, daripada 1,729.57 semasa ditutup semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat