Tumpuan Trader Oil Masih diberikan Sepenuhnya Kepada Laporan Inventori Minyak Mentah Dari AS!

61

Minyak mentah AS mula berganjak daripada paras terendah sementara menantikan laporan inventori AS yang akan dikeluarkan minggu ini.

Sentimen dalam pasaran ini agak bercampur-campur kerana pengeluaran minyak syal di AS dijangka akan memulih disamping butiran pematuhan pembekuan bekalan oleh OPEC dan beberapa pengeluar yang lain.

WTI mentah diniagakan meningkat sebanyak 38 sen kepada $51.46 setong selepas jatuh ke paras terendah pada $50.91 setong pada Rabu.

Brent mentah yang juga digunakan sebagai penanda aras global masih belum membuka sesi dagangan pagi ini.

Menurut ANZ Bank, Agensi Tenaga Antarabangsa menjangkakan harga minyak yang lebih tinggi berpotensi untuk mencetuskan rangsangan ketara terhadap output syal di AS. Namun begitu, ANZ Bank masih mengharapkan agar pasaran minyak global bergerak ke dalam defisit yang ketara pada separuh pertama 2017.

Dalam masa yang sama, pasaran ini akan kekal memberikan tumpuan terhadap data inventori yang akan dikeluarkan oleh EIA yang tertunda selama sehari berikutan cuti umum di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, OPEC dan non-OPEC telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan bagi menyelaraskan semula bekalan (supply) dengan penggunaan (demand).

Greenback Kembali Mengukuh Setelah Menjunam Lima Hari Berturut-Turut!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat