Tuntutan Insuran Pengangguran AS Meningkat 17,000 Orang

55

Jabatan Buruh US melaporkan peningkatan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 17,000 tuntutan kepada 258,000 bagi minggu berakhir pada 17 Mac berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 241,000 tuntutan.

Data yang dikeluarkan ini lebih tinggi dari jangkaan penganalisis sebanyak 240,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 107 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Jumlah penduduk yang masih menerima faedah pengangguran ini berkurang kepada 2.0 juta pada minggu berakhir 10 Mac.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat