Tuntutan Kredit RM100 E-Wallet Mula Diagih 4 Disember Ini – PMX

1,595

Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai Isnin ini hingga 20 Februari 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya lagi, inisiatif yang disediakan Kementerian Kewangan Malaysia ini akan memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Ucapannya itu disampaikan semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Bantuan ini juga turut memfokuskan pada golongan rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 dan M40 yang diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat, 27 Julai lepas.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai dalam kalangan masyarakat negara ini.

Kata beliau, kejayaan dan impak besar program e-tunai dalam masyarakat menarik perhatian kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 tersebut.

Antara aplikasi yang menyediakan perkhidmatan e-wallet bagi membuat penebusan adalah MAE, ShopeePay, Setel dan Touch n Go.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat