Tuntutan Pengangguran Jatuh Lebih Dari Dijangka! Apakah Keadaan Sebenar Pasaran Buruh?

668

Jumlah orang Amerika yang mengemukakan tuntutan faedah pengangguran baru turun lebih daripada yang dijangkakan bagi minggu lalu,namun ini kemungkinan tidak mengubah pandangan bahawa pasaran buruh perlahan di tengah kadar faedah yang lebih tinggi.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negara A.S turun sebanyak 24,000 kepada 209,000 yang disesuaikan secara bermusim untuk minggu yang berakhir pada 18 Nov, lapor Jabatan Buruh pada hari Rabu. Pakar ekonomi malah meramalkan 226,000 tuntutan untuk minggu terkini.

Data ini menunjukkan pasaran buruh secara perlahan-lahan mengalami penurunan ketika kos pinjaman yang lebih tinggi meredakan permintaan.

Dalam minit mesyuarat Federal Reserve dari 31 Okt hingga 1 Nov yang diterbitkan pada hari Selasa menunjukkan bahawa walaupun penggubal dasar melihat keadaan pasaran buruh “masih kekal ketat”.

Keadaan pasaran yang semakin longgar bersamaan dengan penurunan inflasi telah membuat pasaran kewangan menyimpulkan bahawa bank pusat AS telah selesai menaikkan kadar faedah dalam kitaran semasa ini. Disisi lain, pasaran kewangan meramalkan pengurangan kadar pada pertengahan 2024, berdasarkan Alat FedWatch.

Sejak Mac 2022, the Fed telah menaikkan kadar dasar sebanyak 525 mata asas ke julat semasa 5.25%-5.50%.

Walaupun pasaran buruh secara beransur-ansur peralahan, terdapat tanda-tanda bahawa ia makin mendatar. Menurut Institusi Bank of America, analisis data dalaman menunjukkan peningkatan “gangguan bayaran” sepanjang tahun 2023, sejajar dengan peningkatan pengangguran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat