Tuntutan Pengangguran US Bertambah 234,000 Minggu Lalu

44

Jabatan Buruh US melaporkan penambahan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) kepada 234,000 bagi minggu berakhir pada 19 Ogos berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 232,000.

Data yang dikeluarkan ini lebih rendah daripada jangkaan penganalisis sebanyak 238,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 129 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Jumlah penduduk yang masih menerima faedah pengangguran ini berkurangan kepada 1.954 juta pada minggu berakhir 12 Ogos.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat