Turki Sah Haramkan Penggunaan Matawang Kripto Termasuk Bitcoin (BTC)!

1,996

Turki telah memutuskan untuk menyekat penggunaan matawang kripto termasuk Bitcoin (BTC) sebagai medium pembayaran baik secara langsung atau tidak langsung.

Sekatan itu akan berkuatkuasa bermula 30 April 2021.

Menurut Central Bank of the Republic of Turkey (CBRT), penyedia perkhidmatan pembayaran tidak berpeluang mengembangkan model perniagaan dengan cara aset kripto digunakan secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan perkhidmatan pembayaran dan penerbitan wang elektronik, dan tidak akan dapat memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan model perniagaan tersebut.

Institusi pembayaran dan wang elektronik tidak akan dapat mengantara platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan, perlindungan, pemindahan atau pengeluaran bagi aset kripto atau pemindahan dana dari platform ini.

Berdasarkan undang-undang di negara itu, aset kripto tidak sepatutnya digunakan sebagai medium pembayaran terutama terhadap perkhidmatan dan pengeluaran wang elektronik secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimanapun, tiada sekatan dikenakan terhadap deposit matawang kripto dan Bitcoin (BTC).

Sebagai rekod, pada bulan lepas Turki berhadapan dengan penyusutan nilai lira hingga menyebabkan beberapa saham firma Malaysia yang beroperasi di negara itu turut kena tempias.

Ekoran daripada itu, sektor kripto di negara itu meledak menerima tumpuan dari kalangan penduduknya yang melihat matawang kripto jauh lebih berpotensi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat