Turun Naik Matawang Yen Perlu diberi Perhatian Serius Oleh Jepun : Takako Masai

141

Ahli lembaga Bank of Japan, Takako Masai mengatakan bahawa kerajaan Jepun perlu mengambil perhatian terhadap perubahan besar yang berlaku terhadap kadar pertukaran. Hal ini kerana, turun naik bagi matawang Yen dengan mendadak boleh menjejaskan sentimen perniagaan. Kenyataan ini dikeluarkan menurut satu teks ucapan beliau yang dikeluarkan oleh bank pusat berkenaan.

Yen mengalami peningkatan mendadak berbanding US Dollar pada separuh pertama tahun ini sebelum jatuh semula pada akhir tahun lepas. Tindak tanduk ini menjadikan beberapa firma Jepun sukar untuk menjalankan perniagaan.

Masai, yang juga bekas penganalisis matawang mengatakan bahawa kebimbangan ini boleh mendatangkan sentimen negatif terhadap perniagaan jika ia kekal berterusan.

Sementara itu, beliau menambah lagi bahawa risiko terhadap ekonomi Jepun telah bertukar reda berbanding dengan yang dialami pada separuh kedua tahun lalu apabila keyakinan dan penggunaan isi rumah semakin bertambah.

Namun begitu, bank pusat sedia untuk menambah rangsangan terhadap ekonomi Jepun sekiranya diperlukan.

Buat masa ini juga, BoJ masih meneruskan pembelian bon kerajaan walaupun bank pusat telah mengubah rangka kerja di bawah sasaran kadar faedah yang baru selepas tiga tahun kaedah pembelian asset gagal untuk mempercepatkan ekonomi untuk mencapai sasaran inflasi pada sasaran 2 peratus.

 

RBA Kekalkan Kadar Pada Rekod 1.5 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat