RBA Kekalkan Kadar Pada Rekod 1.5 Peratus!

25

Bank Pusat Australia mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar pada tahap yang stabil pada Selasa. Bank pusat ini juga memberi isyarat yang agak stabil bagi beberapa tahun yang akan datang.

RBA mengekalkan kadar pada rekod 1.5 peratus bagi bulan kelapan berturut-turut selepas pelonggaran yang dibuat pada Ogos dan Mei tahun lepas.

Dollar Australia melonjak lebih tinggi sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan disamping sokongan terhadap prospek dasar yang mantap. Aussie menjunam sebanyak 0.5 peratus sebelum ini kepada $0.7619 selepas jatuh ke peras terendah dalam tempoh sebulan kepada $0.7598 minggu ini.

Menurut pakar ekonomi di UBS, Scott Haslem, kenyataan RBA hari ini dinilai positif berikutan latar belakang ekonomi global yang bertambah baik dan peralihan ekonomi yang agak stabil di Australia.

Haslem juga menjangkakan RBA akan mengekalkan kadar sehingga pertengahan 2018 kerana ingin mengimbangi kesan deflasi termasuk pertumbuhan gaji yang rendah dan persaingan runcit yang kian memuncak.

Ketidaktentuan Pasaran Beri Peluang Kepada Emas Untuk Menambah Keuntungan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat