Ketidaktentuan Pasaran Beri Peluang Kepada Emas Untuk Menambah Keuntungan!

51

Harga emas meningkat lebih tinggi dalam sesi Asia pada Selasa menjelang pengumuman data pekerjaan yang akan menjadi petunjuk kepada Fed dalam membuat keputusan untuk menentukan kadar.

Niaga emas di Comex meningkat sebanyak 0.09 peratus kepada $1,226.55 satu troy ounce, manakala silver futures menjunam sebanyak 0.05 peratus kepada $17,803 satu troy ounce.

Dalam sesi ini juga, copper diniaga pada $2.656 sepound.

Semalam, harga emas dicatat lebih tinggi selepas pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara menambah kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik.

Isu ini menjadi tumpuan selepas Korea Utara melepaskan empat peluru berpandu pada awal hari Isnin sementara tiga daripadanya telah mendarat di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Kebimbangan tersebut secara tidak langsung menambahkan permintaan bagi Yen dan logam emas sebagai asset safe-haven.

Namun begitu, keuntungan emas kekal terhad apabila pasaran terus meletakkan keyakinan terhadap prospek kenaikan kadar yang akan disaksikan seawal Mac ini.

Laporan Analisis Minyak 2017 Ini Menambah Ketakutan Dalam Pasaran Minyak

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat