Laporan Analisis Minyak 2017 Ini Menambah Ketakutan Dalam Pasaran Minyak

69

Harga minyak AS menyusut dalam dagangan sesi Asia selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan peningkatan pengeluaran minyak di AS pada kira-kira 1.4 juta tong sehari menjelang 2022.

WTI mentah menjunam sebanyak 4 sen kepada $53.16 setong dalam sesi ini manakala Brent mentah masih belum memulakan sesi dagangan.

Dalam satu laporan analisis pasaran dalam tempoh 5 tahun yang bertajuk “Minyak 2017” mengatakan pengeluaran minyak syal di AS akan terus meningkat biarpun harga minyak kekal pada julat sekitar $60 setong.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin itu, permintaan minyak akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang sehingga mencapai jangkaan sebanyak 100 juta tong pada tahun 2019. Bagi tahun 2022, permintaan bakal meningkat sehingga 104 juta tong sehari didorong oleh permintaan dari negara-negara membangun.

Namun begitu, kesan kenaikan pengeluaran di AS ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap perjanjian pemotongan bekalan yang telah dipersetujui oleh OPEC sebelum ini.

Russia dan Iraq ketika ditanya kelmarin juga mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan isu lanjutan perjanjian yang bakal dipersetujui Mei nanti.

Menurut Menteri Minyak Iraq, Jabbar Al-Luaibi, Iraq akan meneruskan pemotongan bekalan jika pasaran komoditi ini dan harga kekal pada tahap yang stabil.

Sementara itu, Fitch Ratings turut menjangkakan bahawa purata harga minyak akan menjadi lebih rendah dalam tempoh sepuluh bulan akan datang tahun ini gara-gara pemulihan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat.

Rupa-Rupanya Ini Sebab Kenapa Kebanyakan Trader Masih Mengekalkan Position Terhadap US Dollar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat