Rupa-Rupanya Ini Sebab Kenapa Kebanyakan Trader Masih Mengekalkan Position Terhadap US Dollar!

56

US Dollar melonjak pada Selasa selepas kembali didorong dengan jangkaan kenaikan kadar pada bulan Mac. Dalam masa yang sama, ketidaktentuan politik yang berlaku di Perancis meninggalkan kesan buat Euro.

US Dollar meningkat berbanding enam matawang utama yang lain selepas berundur ke peras terendah dalam tempoh satu minggu kepada 101.22.

Fed dikatakan semakin pasti untuk menaikkan kadar dalam mesyuarat minggu depan jika data pekerjaan dan inflasi berada pada tahap yang memuaskan.

Namun begitu, beberapa penganalisis berkata, US Dollar tidak akan membuat kenaikan mendadak dan keuntungan yang berpanjangan melainkan Donald Trump mengumumkan dasar-dasar ekonomi yang lebih terperinci.

Menurut Masashi Murata, ahli strategi matawang di Brown Brothers Harriman, Dollar tidak mungkin akan mengaut keuntungan melebihi Yen dengan jangkaan sekitar 111 hingga 115 Yen pada bulan Mac.

Namun begitu, tambah beliau lagi, pelabur masih tidak menjual pegangan mereka terhadap US Dollar walaupun Trump tidak mungkin akan menggubal undang-undang potongan cukai dan perbelanjaan infrastruktur dalam masa yang terdekat. Hal ini kerana, Murata berpendapat bahawa pasaran berpotensi besar untuk menyaksikan kenaikan kadar pada mesyuarat Mac ini yang akan memberi keuntungan kepada matawang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat