Tweet Trump Berkenaan Isu Minyak Mentah Junam USD/CAD Lebih 200 Pips

1,409

Matawang dolar Kanada kembali catat pengukuhan pada sesi New York semalam didorong oleh faktor kenaikan harga minyak sehingga 25% semalam susulan kenyataan positif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada laman sosial Twitter beliau.

Trump menjangkakan rundingan terbaru antara Arab Saudi dan Rusia akan menyaksikan pemotongan pengeluaran sehingga 10 ke 15 juta tong sehari bagi mengimbangi semula pasaran minyak mentah.

Beliau sebelum ini dilaporkan telah menghubungi Presiden Rusia dan Putera Arab Saudi untuk memujuk ke meja rundingan semula selepas perbincangan sebelum ini gagal mencapai kata sepakat.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam, harga yang pada mulanya membuat kenaikan hampir ke paras 1.4300 dengan pengukuhan US dolar kemudiannya kembali menjunam lebih 200 pips ke paras lebih rendah semula.

Penurunan harga menguji paras zon support harian yang telah duji pada sesi Eropah sekitar 1.4080 sebelum harga membuat kenaikan semula.

Pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini lebih mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga carta USD/CAD dengan pelabur menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat malam ini.

Jika harga membaut kenaikan, paras resistance sekitar 1.4300 akan diuji dan jika zon tersebut berjaya ditembusi, harga berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Namun jika dolar Kanada berjaya kekalkan pengukuhan dan laporan NFP memberi kesan negatif terhadap US dolar, harga bakal turun lebih rendah melepasi paras terendah harian semalam dan menuju zon support pada 1.4000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat