U-Turn Semula, Ini Cara Trump Nak Berbaik Dengan China?

800

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan kesudiannya untuk bekerjasama dengan China atau negara lain bagi membawa masuk vaksin coronavirus ke AS.

Jelas Trump, beliau tidak kisah sama ada China atau negara lain yang menghasilkan dahulu vaksin terbabit, selagi ia boleh dibawa masuk ke AS.

Kenyataan Trump itu hadir sehari selepas para penyelidik memaklumkan vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh firma China, CanSino Biologics Inc serta unit penyelidikan ketenteraan Beijing dikatakan selamat dan menunjukkan kesan imun terhadap kebanyakan subjek kajian.

Vaksin CanSino merupakan salah satu vaksin yang menunjukkan potensi baik dalam ujian awal terhadap manusia.

Trump sebelum ini menyalahkan China ekoran pandemik Covid-19 yang mengorbankan 140,000 orang di AS sahaja.

Tindakan terbaru Trump ini bakal memulihkan lagi risiko dalam pasaran setelah sentimen pasaran kini positif disebabkan oleh laporan ujian penghasilan vaksin Covid-19.

Kesannya akan turut meningkatkan dagangan matawang utama khususnya bagi matawang komoditi dan juga pasaran saham dunia.

Namun, US dolar berkemungkinan akan berterusan susut nilai ekoran permintaan terhadap aset safe-haven yang semakin berkurangan didorong oleh keyakinan semula pelabur dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat