Ucapan Kuroda Ini Akan Menyebabkan JPY Gap Ke Esok?

67

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan perangsang kewangan jika diperlukan.

“Tiada keraguan lagi yang terdapatnya ruang yang cukup untuk pelonggaran tambahan kepada 3 perkara tersebut,” Kata Kuroda merujuk kepada pakej BoJ iaitu pembelian aset, interest rate negatif dan bimbingan kewangan.

Tambahnya lagi, “BoJ akan meneliti dengan berhati-hati untuk menggunakan skim dasar yang terbaik untuk mencapai kestabilan harga yang mahu dicapai”.

Gabenor Central banks sekarang bergelut dengan perkembangan ekonomi yang kurang baik, berkumpul di Grand Teton National Park untuk membincangkan cara untuk mengatasi inflasi yang rendah dengan cara selain memotong interest rate.

Walaupun BoJ sedang meneliti dasar kewangannya sekarang dan dijangka siap pada September, Kuroda memberitahu apa-apa tindakan akan datang tidak bermaksud akan mengurangkan perangsang namun akan menambah persoalan mengenai keberkesanannya.

“Salah satu kunci kepada dasar kami adalah menaikkan jangkaan inflasi ke paras harga stabil yang kami mahukan. Bank of Japan akan terus meneliti risiko terhadap aktiviti dan harga pada setiap mesyuarat dasar dan akan mengambil tindakan tanpa ragu”.

Mesyuarat dasar Bank of Japan seterusnya adalah pada 20-21 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat