Uh-Oh! China Tak Selesa Dengan Metaverse, Ada Risiko Yang Perlu Dipantau!

1,663

Metaverse meraih minat yang tinggi sejak kebelakangan ini, lagi-lagi selepas pengumuman nama baharu firma media sosial Facebook kepada Meta.

Syarikat gergasi China juga tidak ketinggalan menunjukkan isyarat untuk menyertai gelombang ini namun Beijing awal-awal lagi sudah memberi isyarat negatif dengan kehadiran teknologi metaverse.

Penganalisis dari China Institutes of Contemporary International Relations melalui laporan kajian “Metaverse and National Security” menekankan impak metaverse terhadap sekuriti negara walaupun teknologi itu mampu membawa kepada pembentukan sebahagian daripada ekonomi negara.

Jelas mereka, kehadiran metaverse hanyalah sesuai untuk diterokai selama 5 hingga 10 tahun kerana kos teknologi berkaitan semakin berkurangan dan asas pengguna akan lebih matang.

Tidak cukup dengan itu, para penganalisis turut menekankan bagaimana metaverse mendedahkan pengaruh teknologi, maklumat dan keselamatan teknologi, serta isu masyarakat kepada risiko secara berpusat.

Ekoran daripada itu, pembangunan metaverse perlu dipantau dengan kehadiran perundangan bersesuaian dan bimbingan bagi memastikan kemampanan sekuriti negara.

Sebagai rekod, syarikat broker terbesar China, CITIC Securities ada memberitahu bahawa metaverse mula memasuki fasa penerokaan pada 3 hingga 5 tahun akan datang, dan tidak mustahil akan menjadi gaya hidup manusia pada 20 tahun lagi.

Gelombang ini semestinya akan dibawa oleh kelompok syarikat gergasi utama China, merangkumi aspek permainan, rangkaian sosial dan pengiklanan.

Misalnya Tencent dan Alibaba telah mendaftar trademark berkaitan dengan metaverse. ByteDance pula telah membeli syarikat keperluan virtual reality (VR), Pico pada harga $1.39 bilion pada 29 Ogos, menandakan syarikat ini juga bersedia untuk menyertai pasaran metaverse. Tencent pula merupakan pengedar China bagi permainan metaverse, Roblox sejak 2019.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat