UK Berada Dalam Keadaan Bahaya- Ini Situasi Ekonomi UK Pada Ketika Ini!

451

Ekonomi UK semakin tertekan berikutan penularan Covid-19 sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan perintah berkurung bagi mengekang penularan pandemik dan pinjaman pentadbiran melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah. Hal ini secara tidak langsung menambah lagi tekanan ke atas pentadbiran untuk mengatur strategi susulan pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri UK, Boris Johson yang sekarang sedang dalam proses pemulihan di kediaman beliau setelah dijangkiti wabak Covid-19 dan sekaran beliau sedang berhadapan kritikan dari ahli politik pembangkang kerana lambat memberi tindak balas terhadap penularan wabak Covid-19.

Para Menteri UK juga berada dalam tekanan dalam memberi penjelasan terhadap kadar kematian yang tinggi, ujian penyakit yang terhad, kekurangan alat pelindung dan impak pandemik terhadap ekonomi.

Menurut Jan Vlieghe dari BoE, ketika ini UK sedang mengalami penguncupan ekonomi yang lebih cepat daripda apa yang pernah berlaku pada abad lalu dan dijangka pemulihan ekonomi tidak akan begitu pantas.

Tambah Vlieghe, risikonya adalah bahawa ia akan mengambil masa lebih lama dan ia akan kelihatan bertumbuh seperti bentuk U berbanding V dalam pola pertumbuhan.

Pentadbiran UK dijangka mengisukan hutang kerajaan sebanyak 180 bilion pound ($ 222 bilion) antara bulan Mei dan Julai,lebih banyak daripada yang direncanakan sebelumnya.

Setakat ini kes jangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 138,078 kes dan hampi 19,000 orang telah disahkan meninggal dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat