UK Berdepan Tekanan Daripada AS Berhubung Akses Huawei Dalam Rangkaian 5G

273

Amerika Syarikat kembali memberi amaran kepada UK berhubung keputusan untuk melibatkan syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei Technologies dalam rangkaian telekomunikasi 5G negara itu.

Penasihat Keselamatan White House, Robert O’Brient mengatakan bahawa tindakan tersebut boleh menimbulkan ancaman kepada perkhidmatan risikan rahsia Britain iaitu MI5 dan MI6.

Kenyataan O’Brien dibuat susulan Perdana Menteri UK Boris Johnson sedang bersedia untuk membuat keputusan samaada akan menyekat Huawei dari rangkaian 5G negara itu. Terdahulu, Amerika Syarikat telah berulang kali menggesa UK supaya menyekat Huawei sepenuhnya dari negara itu.

Pada tahun lepas, pegawai keselamatan Britain telah menyimpulkan bahawa risiko daripada Huawei boleh dihindari jika ia dihalang daripada rangkaian teras, tetapi pegawai AS tidak bersetuju dengan penilaian tersebut.

Britain kini berdepan dengan tekanan kerana ia boleh menjejaskan penglibatannya dalam kerjasama dengan empat negara lain iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand atau lebih dikenali sebagai ‘Five Eyes’, yang berkongsi hasil risikan sesama mereka. Penglibatan Huawei dalam 5G dikatakan akan mengehadkan perkongsian risikan.

Presiden AS Donald Trump juga sebelum ini pernah berbincang dengan PM Johnson ketika lawatannya ke London mengenai isu Huawei, malah pegawai AS berpendapat jika UK tidak menyekat penglibatan Huawei, ia boleh menjejaskan rundingan perjanjian perdagangan antara dua negara itu.

Sementara itu, Cancelor Jerman Angela Merkel berdepan dengan tentangan daripada penggubal undang-undang dari partinya yang tidak bersetuju dengan keputusan beliau untuk membenarkan penglibatan Huawei dalam rangkaian 5G di Jerman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat