UK Tidak Akan Membayar 100 Billion Euro Untuk Rundingan Keluar Dari EU! : David Davis

115

Menteri Brexit, David Davis berkata pada Rabu bahawa Britain tidak akan membayar sebanyak 100 Billion Euro ($109.20 Billion) untuk meninggalkan Kesatuan Eropah selepas Financial Times melaporkan bahawa EU sedang bersedia untuk menuntut jumlah terbabit.

Davis memberitahu Saluran ITV British bahawa Britain tidak membayar jumlah yang dinyatakan (100 Billion) ketika ditanya mengenai laporan terbabit apabila perunding EU dikatakan sedang menyemak semula pengiraan awal yang bakal dikenakan selepas meninggalkan blok.

Davis juga dikatakan enggan mengulas mengenai jumlah yang sedia dibayar oleh Britain kerana apa yang lebih penting buat mereka sekarang ialah perbincangan dengan lebih terperinci mengenai hak dan undang-undang semasa.

EU juga sebelum ini mengatakan bahawa rundingan tersebut mungkin memakan sehingga 60 Billion Euro.

Perunding EU juga dikatakan menyemak semula pengiraan bagi memaksimumkan liabiliti termasuk pembiayaan yuran pentadbiran dan bayaran ladang bagi tahun 2019 dan 2020.

Davis juga sempat menolak spekulasi yang dilaporkan di dalam akhbar Jerman, Frankfurter Allgemeine SonntagsZeitung, bahawa Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker telah meletakkan keraguan terhadap pendekatan yang digunakan oleh Theresa May mengenai rundingan Brexit selepas majlis makan malam di antara kedua-dua wakil tersebut sebelum ini.

Kenaikan Matawang Ini Ada Kaitan Dengan Data Positif Dari Sektor Pekerjaan Sebentar Tadi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat