Kenaikan Matawang Ini Ada Kaitan Dengan Data Positif Dari Sektor Pekerjaan Sebentar Tadi

50

US Dollar diniagakan dibawah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu pada Rabu menjelang kenyataan dasar yang dinantikan daripada Fed awal pagi esok. Dalam masa yang sama, matawang Kiwi juga dicatat mengukuh selepas data pekerjaan dari New Zealand dikeluarkan positif.

Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada akhir mesyuarat dasar yang dijalankan selama dua hari dan isyarat selanjutnya terhadap prospek kenaikan yang dijangka Jun ini.

US Dollar diniagakan kepada 112.02 Yen, tidak jauh dari paras tertinggi yang dicatat dalam tempoh enam minggu pada Selasa.

Matawang ini menjunam selepas data jualan kereta yang dikeluarkan pada Selasa menambah kebimbangan terbaru terhadap prospek ekonomi AS yang dijangka agak lemah pada suku pertama.

Walaupun risiko geopolitik di Korea Utara telah memberi tekanan buat US Dollar baru-baru ini, tumpuan masih diberikan kepada asas-asas ekonomi semasa AS.

Dalam sesi ini, Euro dicatat lebih stabil kepada $1,0930 iaitu paras tertinggi di dalam tempoh 5 ½ bulan.

Euro menyaksikan peningkatan mendadak minggu lepas sebaik sahaja Emmanuel Macron memenangi pusingan pertama pilihanraya mengalahkan calon anti-EU, Marine Le Pen.

Euro juga dijangka akan melonjak lebih tinggi terutamanya berbanding Yen jika undian memihak kepada Macron pada sesi pilihanraya Ahad ini.

Dollar New Zealand pula mencecah paras tertinggi dalam tempoh satu minggu selepas data pengangguran New Zealand jatuh berhampiran paras terendah dalam tempoh lapan tahun.

Kadar pengangguran menurun kepada 4.90, tinggi sedikit daripada yang pernah dicapai bagi suku ketiga tahun 2016.

Kenaikan kiwi juga dikatakan berpunca daripada kenaikan harga produk tenusu global yang menjana kira-kira 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara.

Harga Emas Melonjak Lebih Tinggi Menjelang Minit Mesyuarat FOMC Khamis Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat