Ukraine Bakal ‘Derita’ 8 Kali Ganda Berbanding Rusia – Bank Dunia

468

Rentetan daripada perang yang tercetus oleh pencerobohan Rusia pada Februari, Bank Dunia meramalkan ekonomi Ukraine akan jatuh lapan kali ganda lebih parah daripada Moscow pada tahun ini.

Memetik kepada laporan terbarunya, ekonomi Ukraine akan menguncup sebanyak 35% pada 2022 berbanding kejatuhan 4.5% dijunjurkan untuk Rusia.

Pada awalnya, anggaran menunjukkan Kremlin berdepan kesan ekonomi yang lebih besar tahun ini, tetapi Bank Dunia berkata kesan sekatan setakat ini kurang teruk daripada yang diramalkan.

Ukraine telah membuat kemajuan ketenteraan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sejak April ekonomi telah memaparkan tanda-tanda pertumbuhan.

Bagaimanapun, institusi yang berpangkalan di Washington itu berkata pemulihan akan menjadi perlahan dengan kos membaiki kerosakan akibat perang yang sangat besar.

Sebelum perang bermula, negara itu sudah pun menjadi negara termiskin di Eropah, tetapi peperangan ini telah memburukkan lagi keadaan dengan satu pertiga daripada 44 juta penduduk hilang tempat tinggal dan 60% hidup di bawah garis kemiskinan negara.

Naib Presiden Bank Dunia bagi rantau Eropah dan Asia Tengah, Anne Bjerdia berkata perang Rusia-Ukraine telah mencetuskan salah satu krisis pemindahan manusia terbesar dan membebankan kehidupan manusia dan ekonomi.

Impak perang dijangka berterusan dengan ekonomi terjejas oleh kemusnahan pengeluaran, kerosakan tanah pertanian dan kekurangan bekalan buruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat