Ukraine Tuntut Kemenangan Ke Atas Tentera Rusia?

588

Tentera Ukraine mendakwa telah meraih kemenangan dalam menentang tentera Rusia selepas melancarkan percubaan baharu untuk menawan semula Pulau Ular di Laut Hitam.

Dalam satu hantaran di Facebook, perintah operasi selatan tentera Ukraine berkata ia telah melancarkan serangan bersasar dengan menggunakan pelbagai kuasa di pulau itu menyebabkan kerugian besar kepada tentera Rusia.

Imej satelit oleh Maxar Technologies yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperlihatkan kerosakan pada menara di hujung selatan Pulau Ular dan tumbuh-tumbuhan terbakar di beberapa lokasi.

Agensi berita Ukraine, Ukrinform melaporkan bahawa serangan telah merosakkan sistem anti-pesawat Pantsir Rusia, stesen radar dan kenderaan di pulau kecil itu.

Tentera Ukraine memberitahu bahawa mereka telah melancarkan sejumlah 150 serangan di pelbagai kawasan pada hari Selasa yang mengorbankan 49 askar Rusia.

Untuk pengetahuan, Pulau Ular sebelum ini telah ditawan oleh Rusia pada permulaan perang.

Minggu lalu, Ukraine mendakwa ia telah menenggelamkan sebuah bot tunda Rusia, Vasili Beh yang sedang mengangkut anak kapal dan senjata ke pulau tersebut.

Sebelum ini juga dilaporkan Kiev melancarkan serangan peluru berpandu terhadap tiga pelantar gas di Laut Hitam di selatan Odesa sebagai usaha untuk melemahkan penguasaan maritim Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat