Ulasan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Minggu Ini (5-9 Disember)

76

Minggu ini perhatian pasaran tertumpu kepada mesyuarat European Central Bank (ECB) yang berlangsung pada Khamis. Mesyuarat ECB kali ini telah mengekalkan deposit rate pada kadar -0.40% dan meneruskan program pembelian bon selepas Mac 2017 yang bermula pada April sehingga Disember 2017 yang berjumlah 60 bilion euro. Kita dapat melihat dalam tempoh ini Eur/Usd jatuh hampir 300 pip pada Khamis. Ulasan mesyuarat ECB diulas di sini.

Pada minggu ini juga US dolar sudah mula menguat berbanding matawang seperti Euro, Yen, Pound, dan Swiss Franc selepas kehilangan momentum kenaikan selama dua minggu lepas. US dolar dijangka bergerak lebih aggresif minggu hadapan berikutan penetapan kadar oleh The Federal Reserve.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang (currency pair) utama dunia minggu ini dan minggu lepas agar anda dapat melihat perbezaan antara kedua-dua minggu tersebut.

28 Nov – 2 Dis 5 Dis – 9 Dis
Eur/Usd – Naik 145 pip Eur/Usd – Jatuh 368 pip
Usd/Jpy – Naik 345 pip Usd/Jpy – Naik 136 pip
Gbp/Usd – Naik 350 pip Gbp/Usd – Turun 222 pip
Usd/Chf – Jatuh (Ranging) 130 pip Usd/Chf – Naik 194 pip
Usd/Cad – Jatuh 292 pip Usd/Cad – Jatuh 205 pip
Aud/Usd – Ranging 125 pip Aud/Usd – Naik (ranging) 96 pip
Nzd/Usd – Naik 139 pip Nzd/Usd – Naik 153 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data indeks sektor bukan-pembuatan (US ISM Non-Manufacturing PMI): Isnin

Indeks ISM sektor bukan-pembuatan meningkat ke paras 57.2 pada November dari 54.8 sebelum ini. Bacaan ini melebihi jangkaan 55.4 dan tertinggim sejak 13 bulan lepas. 14 dari 18 industri ini merekodkan pertumbuhan pada bulan sama, manakala dua lagi menyusut. Bacaan ISM bagi November ini konsisten dengan pertumbuhan tahunan 3.3%. Indeks aktiviti perniagaan pula meningkat ke paras 61.7 dari 57.7 sebelum ini, walaupun indeks tempahan baru jatuh sedikit dari 57.7 kepada 57.0 pada Oktober.  Terdapat juga kejatuhan dalam indeks tempahan backlogs dari 52 kepada 51.

  • Penetapan kadar oleh RBA: Selasa

Rizab Bank Australia (RBA) ataupun bank pusat di Australia ini mengekalkan kadar cash rates selasa lepas. RBA mengatakan, ekonomi di Australia meneruskan transisinya berikutan pelaburan yang besar dan mendadak dalam sektor galian. Ada sektor yang perlahan jika dilihat pada kadar pertumbuhan, tetapi pasti ia akan meningkat semula.

Masalah yang dihadapi oleh Australia ketika ini ialah kadar inflasi yang lemah memaksa RBA untuk menggunakan pelonggaran polisi (easing policy) yang agak aggresif. Bank Pusat menjangkakan inflasi akan terus berada di paras rendah beberapa waktu ini sebelum meningkat secara berperingkat ke paras normal. Walau bagaimanapun, kadar faedah rendah telah banyak menyokong permintaan domestik, manakala penyusutan nilai Aussie Dolar membantu para pengeksport.

  • Data imbangan perdagangan Kanada: Selasa

Imbangan perdagangan (trade balance) Kanada menyusut secara mendadak kepada defisit C$1.13 billion pada Oktober dari paras defisit C$4.3 billion pada bulan sebelum yang dilaporkan pada mulanya sebanyak C$4.08 billion defisit. Data kali ini adalah defisit bulanan yang terendah sejak Januari yang lebih baik berbanding jangkaan penganalisis iaitu C$2.1 billion defisit.

  • Data Indeks harga GDT New Zealand: Selasa

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan 3.50% peningkatan berbanding 4.50% data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) naik 4.90%. Peningkatan ini adalah kenaikan keempat dan merupakan paras tertinggi sejak 29 bulan lepas. Negara ini banyak bergantung kepada eksport produk tenusu dalam perdagangan antarabangsa yang mencatatkan 19% daripada keseluruhan eksportnya.

  • Data KDNK Australia: Rabu

Ekonomi Australia menguncup (contracted) buat kali pertama sejak 2011 pada suku ketiga 2016 berikutan penyusutan dalam perdagangan antarabangsa dan ‘pembentukan modal swasta’ (pelaburan). GDP atau Keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh sebanyak 0.5% pada suku ketiga berbanding tahun lepas ekonomi berkembang sebanyak 1.8%. Aussie dolar jatuh mendadak sejurus data ini dikeluarkan. Aud/Usd susut sebanyak 0.5% ke paras 0.7425.

  • Data pengeluaran sektor pembuatan UK: Rabu

Pengeluaran dalam sektor pembuatan UK lemah berbanding jangkaan dengan catatan penyusutan 0.9% berbanding jangkaan kenaikan 0.2% selepas peningkatan 0.6% pada September. Pengeluaran Industri di UK jatuh 1.3% pada Oktober selepas turut jatuh pada bulan September yang mana lebih rendah dari jangkaan 0.4%. Ini juga adalah kejatuhan yang terendah sejak empat tahun lalu. Data pengeluaran perindustrian disebabkan oleh penyusutan dalam aktiviti minyak dan gas berikutan proses baikpulih di Buzzard.

  • Penetapan kadar Kanada: Rabu 11 malam

Bank of Canada atau bank pusat Kanada mengekalkan kadar polisi bank mereka semalam di paras 0.5% dalam mesyuarat yang terakhir diadakan pada Rabu. Keputusan BoC adalah sejajar dengan jangkaan ramai penganalisis yang melihat kadar ini akan dikekalkan pada mesyuarat kali ini. Di Kanada, pertumbuhan yang dinamik yang diramalkan oleh bank pusat pada suku ketiga berlaku sebaliknya berikutan pertumbuhan yang suram pada dua suku pertama tahun ini.

Pihak bank juga menjangkakan pertumbuhan yang lebih sederhana pada suku keempat nanti. Keseluruhan tona komen dari BoC adalah dovish dengan tiada peningkatan dalam sektor eksport dan risiko inflasi yang akan menjadi lemah berikutan impak kejatuhan nilai Loonie.

Pertumbuhan yang lebih kukuh adalah perlu pada2017 untuk mengurangkan kebimbangan bank pusat Kanada ini. Dollar Kanada menguat selepas keputusan pengekalan kadar yang menunjukkan Usd/Cad jatuh dari 1.3285 ke paras 1.3265

  • Data inventori minyak EIA: Rabu

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 2.4 juta tong pada minggu berakhir 2 Disember berbanding 0.9 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 485.8 juta tong.

  • Penetapan kadar ECB : Khamis

ECB dilihat menepati jangkaan penganalisis di seluruh dunia dengan meneruskan program pembelian bon selepas tempoh tamat pada Mac 2017. Walaubagaimanapun, pihak bank pusat ini mengurangkan jumlah pembelian bon dari 80 bilion euro kepada 60 bilion euro dalam masa sembilan bulan bermula April 2017.

Sebelum ini pasaran menjangkakan pembelian bon diteruskan dengan jumlah semasa 80 bilion euro dalam masa enam bulan atau mengurangkan sedikit pembelian bon kepada 60 bilion tetapi dalam tempoh yang lebih panjang iaitu sembilan bulan.

Matawang Euro dilihat spiked ke atas yang dapat dilihat dalam pasangan matawang Eur/Usd yang menguat hampir 80 pip semasa pengumuman kadar pukul 8.45 malam. Kenaikan ini dilihat sebagai reaksi pasaran yang melihat ECB mengurangkan pembelian bonnya dari 80 bilion kepada 60 bilion.

Secara keseluruhan, tona ucapan Draghi dilihat begitu Dovish dan kejutan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi yang rendah dari jangkaan pasaran. Pada masa ini kita dapat melihat ECB masih lagi memberikan komitmen tinggi kepada rangsangan monetari sepanjang 2017 yang mungkin akan memberikan kejatuhan jangka sederhana kepada matawang euro.

  • Jobless claims US : Khamis 9.30 malam

Jabatan Buruh US melaporkan 258,000 laporan pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 03 Disember yang menunjukkan pengurangan sebanyak 10,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 268,000. Data yang dikeluarkan ini lebih menepati jangkaan penganalisis sebanyak 258,000. Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 92 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

  • US Prelim UoM Consumer Sentiment: Jumaat 11 malam

Indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan US (US University of Michigan consumer confidence index) menguat pada November ke paras 98.0 berbanding 93.8 bulan sebelum. Ini adalah bacaan tertinggi sejak Julai lepas yang juga di atas jangkaan 94.3 penganalisis. Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat