Ulasan Kementerian Perdagangan UK Berjaya Dorong Pengukuhan Pound – Ini Sebab Mengapa!

259

UK hanya berbaki beberapa minggu menjelang tarikh akhir rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Di samping itu UK telah berusaha untuk menjalin hubungan perdagangan dengan beberapa negara lain, antaranya Amerika Syarikat (A.S).

Laporan terkini dari Kementerian Perdagangan UK pada hari Isnin bahawa pihak pentadbiran UK dan Amerika Syarikat yakin rundingan perdagangan yang sedang berlangsung dapat mencapai kesepakatan komprehensif.

Kedua-dua pihak kini telah menyelesaikan rundingan perdagangan pusingan kelima yang memiliki objektif untuk mementerai perjanjian perdagangan. Pihak pentadbiran UK berpendapat hasil rundingan yang baik sehingga dapat mencapai kesepakatan adalah ibarat durian runtuh, setelah negara UK mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah pada bulan Januari.

Lanjutan kenyataan oleh Kementerian Perdagangan UK, kesepakatan komprehensif akan memberikan manfaat yang signifikan dan menguntungkan ekonomi UK.

Kedua-dua Britain dan Amerika Syarikat telah berulang kali membincangkan prospek kesepakatan, namun pemilihan Presiden AS ini telah meningkatkan ketidakpastian. Walaubagaimanapun, dilaporkan bahawa rundingan lanjutan selepas pilhan raya A.S telah dipersetujui.

Matawang GBP mula bangkit dari penyusutan kepada paras tukara 1.2938 berbandig US dolar setakat jam 9.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat