Ulasan News Penggerak Matawang US Dollar : Sentimen Terkini Greenback

545

US dollar adalah matawang yang paling banyak merekodkan kejatuhan pada minggu lalu sekaligus mencatat kejatuhan 2 minggu berturut-turut.

US dollar dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain termasuk Euro, GBP, NZD dan lain-lain. Pergerakan pair US dollar adalah seiring, dengan bentuk pergerakan yang seakan serupa menunjukkan faktor kelemahan US dollar itu adalah dominan.

Matawang greenback memulakan minggu lalu dengan membuat kejatuhan disebabkan kebimbangan terhadap keputusan Trump mengenakan tariff keluli dan aluminium ke atas Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah dengan ketiga-tiga negara itu dijangka akan membalas Amerika dengan tindakan yang sama.

Pada Selasa, US dollar sekali lagi berhadapan dengan tekanan walaupun data indeks sektor bukan-perkhidmatan merekodkan bacaan positif. US dollar meneruskan kejatuhan pada Rabu apabila laporan mengatakan ECB (European Central Bank) akan mula membincangkan tentang penamatan program pembelian bon pada Khamis ini.

US dollar terus tertekan apabila beberapa ahli ECB memberikan komen hawkish mereka menjelang mesyuarat polisi monetari minggu ini. Matawang Euro pula mendapat sedikit kenaikan selepas Peter Praet ketua penganalisis ekonomi berkata kekuatan ekonomi di Zon Eropah kekal dan jangkaan inflasi semakin konsisten dengan sasaran bank pusat.

US dollar terus jatuh pada Khamis sebelum membuat sedikit kenaikan pada Jumaat.

Persidangan G7 yang diadakan di Kanada pada Sabtu dan Ahad telah menimbulkan kekhuatiran terhadap hubungan perdagangan dan tarif antara Trump dan pemimpin lain. Presiden US telah memuatkan kata-kata beliau di Twitter yang menyatakan sokongan terhadap komuniti tersebut namun melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Kanada, Trudeau.

Semua yang berlaku dalam perhimpunan negara G-7 telah menyebabkan berlakunya gap dalam pembukaan pasaran forex pada Isnin. Yen menguat dengan risiko ketidaktentuan perdagangan pada awalnya, tetapi melemah semula apabila pasaran melihat satu lagi event penting pada Selasa ‘pertemuan Trump-Jong Un’ dijangka berjalan lancar.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu.

28 Mei – 1 Jun 04 – 08 Jun
Eur/Usd- Volatile 218 pip Eur/Usd – naik 188 pip
Usd/Jpy – Volatile 172 pip Usd/Jpy – sideway 107 pip
Gbp/Usd– Naik 158 pip Gbp/Usd – naik 178 pip
Usd/Chf- Volatile 157 pip Usd/Chf – volatile 108 pip
Usd/Cad– Volatile 229 pip Usd/Cad – volatile 211 pip
Aud/Usd– Naik 118 pip Aud/Usd – volatile 118 pip
Nzd/Usd– Naik 141 pip Nzd/Usd – naik 88 pip

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat