Ulasan Penetapan Kadar & Situasi Ekonomi Jepun Ketika Ini

61

Bank of Japan (BoJ) mengekalkan polisi monetari dalam penetapan kadar pagi tadi, yang menepati jangkaan pasaran. Kadar polisi dikekalkan pada -0.10% dalam undian 7-2 oleh ahli-ahli BoJ. BoJ juga mengekalkan program pembelian bon kerajaan berjumlah 80 trillion Yen, dengan mengekalkan kadar hasil-bon di sekitar 0.00%.

Ada sedikit perubahan dalam prospek pertumbuhan ekonomi di mana pertumbuhan ekonomi pada 2016 dinaikkan kepada 1.4% dari kadar 1.0% sebelum ini. Manakala pada 2017 prospek juga dinaikkan kepada 1.5% dari 1.3%, manakala 2018 pertumbuhan dinaikkan dari 0.9% kepada 1.1%.

Ramalan kepada inflasi tidak banyak berubah kali ini.

Sejak membuat sedikit perubahan pada September lalu, BoJ dilihat lebih kepada pendirian tunggu dan lihat perubahan ekonomi Jepun. IMF (International Monetary Fund) sebelum ini meramalkan Jepun akan bertumbuh 0.8% tahun ini dan 0.5% pada 2018.

Dalam data yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan isyarat yang baik dalam ekonomi Jepun. Kadar penagguran masih berada di paras rendah 3.1% dengan peningkatan jumlah pekerjaan.

Namun, data perbelanjaan Isirumah mencatatkan penyusutan sedikit sejak 10 bulan lalu yang menunjukkan pasaran buruh yang semakin kukuh dengan polisi akomodatif terus menyokong perbelanjaan di Jepun.

Akhirnya, kerajaan Jepun mengatakan pengeluaran industri akan menjadi petunjuk ekonomi yang akan diberi perhatian. Aktiviti perkilangan sebelum ini mencatatkan kenaikan 0.5% lebih dari jangkaan 0.4%.

Pentadbiran Jepun akan terus memerhati tindakan dari pentadbiran US, kerana impak US yang begitu signifikan kepada Jepun. Trump yang sebelum ini mengatakan US dolar sangat kuat telah menyebabkan Yen mengukuh sejak akhir-akhir ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat