Ulasan Pengumuman Pilihanraya UK, Matawang GBP Bakal Berhadapan Volatility Tinggi

103

Pengumuman Theresa May yang akan mengadakan pilihanraya umum pada 8 Jun 2017 sebentar tadi telah menyebabkan volatility (turun-naik) yang tinggi dalam pasaran.

Perdana Menteri May dilihat mahu mendapatkan majoriti yang lebih banyak di Parlimen UK dengan rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU) semakin dekat. Jika May mendapat majoriti yang lebih banyak di House of Common, ini akan mengukuhkan kedudukan UK untuk mendapatkan perjanjian yang lebih baik.

Matawang GBP jatuh sebelum May mula berucap petang tadi di mana spekulasi yang mengatakan bahawa May akan mengumumkan peletakan jawatannya berikutan masalah kesihatan. Namun Gbp/Usd melonjak semula sebanyak 160 pip dari 1.2514.

Matawang GBP (Great Britain Pound) melonjak tinggi semasa ucapan sebenar berlangsung yang disebabkan kelegaan pasaran bahawa ia bukanlah berkaitan masalah kesihatan Theresa May. Kini Gbp/Usd didagang di sekitar 1.2676 semasa artikel ini ditulis.

Majoriti yang lebih banyak dalam kerajaan akan menjadi satu perkara positif kepada Sterling di mana ia akan mengukuhkan rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah dan akan mengurangkan sokongan kepada Scottish National Party yang akan mengurangkan risiko referendum kedua Scotland.

Walaubagaimanapun, pasaran UK akan berhadapan dengan volatility yang semakin meningkat dalam kesemua aset pelaburan dalam nilai Sterling. Terdapat juga spekulasi di mana May akan mengubah pendiriannya dalam rundingan Brexit jika beliau mendapat mandat yang baru dalam pilihanraya 8 Jun nanti.

Berikutan pengumuman ini, perhatian kini akan terarah kepada pengundian Parlimen pada Rabu dengan matawang Gbp dijangka akan menjunam jika pembangkan dari parti buruh enggan mengundi pilihanraya yang lebih awal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat