Ulasan Penuh Sidang Media Presiden ECB Mario Draghi

53

Presiden European Central Bank (ECB) Mario Draghi menyatakan dalam sidang media bahawa volatility (turun-naik) dalam kadar tukaran matawang adalah salah satu sumber ketidaktentuan di mana kestabilan harga perlu diteliti.

Beliau menegaskan bahawa kadar tukaran bukanlah sasaran polisi bank pusat, namun ia penting untuk pertumbuhan ekonomi dan inflaasi.

Dalam menjawab soalan tentang tukaran matawang, beliau enggan menyatakan secara langsung tentang paras tukaran matawang, walaupun beliau mengesahkan unjuran yang dibuat kepada EUR/USD adalah 1.18.

Bagi inflasi, beliau mengatakan pergerakan inflasi masih lagi terhalang.

Mario Draghi bagaimanapun kekal yakin dengan pertumbuhan ekonomi dalam sidang media pada Khamis. Unjuran oleh staf ECB menunjukkan tiada perubahan pada 2018 dan 2019 dengan pertumbuhan 2017 dinaikkan. Untuk inflasi 2017, unjuran masih dikekalkan 1.5% dengan dua tahun ke depan masing-masing diturunkan.

Menurut Draghi, kebimbangan terhadap kadar tukaran untuk kali ini lebih menyeluruh berbanding sebelum ini dengan kebanyakan ahli ECB bimbang terhadap trend pergerakan kadar tukaran.

Dari segi polisi monetari, Draghi menyatakan mereka menentukan ukuran polisi monetari di mana perbincangan tentang perancangan pelonggaran kuantitatif (QE) adalah terlalu awal. Namun, tiada perbincangan tentang perubahan had pembelian bon.

Draghi juga menyatakan keadaan pasaran kewangan semakin ketat dengan kenaikan nilai matawang Euro, walaupun ia masih lagi menyokong ekonomi.

Apa yang paling penting adalah beliau memberikan panduan bahawa lebih banyak keputusan tentang pelonggaran kuantitatif akan dibuat pada Oktober.

Secara keseluruhan, komen Draghi dan Constancio terhadap pelonggaran kuantitatif (QE) adalah sejajar dengan jangkaan tetapi tiada komen yang jelas terhadap pengukuhan matawang euro dan juga sedikit keraguan kepada penurunan ramalan inflasi pada 2018 dan 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat