Ulasan Pergerakan Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (14-18 Mei)

238

Matawang NZD adalah matawang ketiga paling lemah pada minggu ini setakat pada pukul 9 malam. Ia adalah satu pencapaian yang lebih baik berbanding minggu lalu dengan matawang ini merekodkan kejatuhan kelima minggu berturut-turut.

NZD mula melemah sejak daripada hari Isnin disebabkan sentimen berisiko dalam pasaran. NZD terus melemah pada hari tersebut apabila US dollar mulai menguat disebabkan kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus mengurangkan lagi permintaan terhadap matawang Kiwi.

Sentimen berisiko kembali pada Selasa dengan matawang US dollar terus mendominasi pasaran. Ini menambah lagi kejatuhan NZD pada hari tersebut.

NZD mula pulih pada penghujung dagangan pada Selasa apabila indeks GDT yang mengira perubahan harga produk tenusu di New Zealand merekodkan kenaikan positif 1.9%.

US dollar mula lemah pada Rabu dengan NZD juga mendapat sokongan dan berjaya membuat sedikit kenaikan. Kiwi meneruskan kenaikan apabila hasil-bon Amerika Syarikat juga jatuh dari paras tertinggi sekaligus menekan matawang greenback. Bukan itu sahaja berita bahawa Korea Utara yang mengancam untuk keluar daripada rundingan turut menekan matawang US dollar dan sedikit memburukkan sentimen pasaran.

Pergerakan matawang NZD menjadi seiring semula pada Khamis apabila sentimen beransur pulih. Permintaan untuk matawang NZD juga naik semula apabila laporan bajet kerajaan New Zealand menunjukkan unjuran pertumbuhan ekonomi yang dinaikkan bagi dua tahun ke hadapan. Namun, dalam masa singkat NZD jatuh semula apabila pasaran melihat unjuran pertumbuhan bagi tahun ini pula diturunkan. NZD semakin tertekan apabila matawang US dollar menyambung kenaikannya pada lewat sesi dagangan semalam.

Setakat ini NZD dilihat menguat semula pada Jumaat dengan US dollar yang membuat penurunan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat