‘Unlucky’ November Bagi Jack Ma, Lesap $3 Bilion Gara-Gara IPO Ant Group Ditangguh!

4,907

Tirai November nampaknya gagal membawa tuah buat jutawan China, Jack Ma kerana firmanya Ant Group berhadapan dengan penangguhan penyenaraian saham terbitan awam (IPO) di Bursa Shanghai.

Nilai penyenaraian syarikat itu mencecah $34 bilion, merupakan IPO tertinggi di dunia dan dijadualkan berlangsung pada 5 November bagi kedua-dua bursa di Hong Kong dan Shanghai.

Saham Alibaba di Hong Kong susut hampir 10% selepas pengumuman sekatan itu dan Jack Ma berputih mata dengan kerugian lebih $3 bilion.

Alibaba memiliki 33% saham Ant Group dan Jack Ma memiliki saham Alibaba sebanyak 4.2%, membawa permodalan pasaran bernilai sekitar $775.5 bilion.

Insiden ini dilaporkan bermula pada Isnin lalu apabila Jack Ma dan dua pegawai tinggi Ant Group dipanggil badan pengawal selia China.

Pertemuan itu bagi menjelaskan sekatan tersebut adalah disebabkan beberapa isu berbangkit termasuk perubahan dalam peraturan teknologi kewangan yang dilakukan firma itu.

Secara tidak langsung menandakan syarikat tersebut akan dipantau dekat dan aktiviti yang dilakukan akan lebih terhad. Perkara ini juga menyebabkan Ant Group gagal untuk penyenaraian berdasarkan syarat yang dikemukakan oleh bursa.

Ant Group memberi jaminan terhadap wang permohonan berkaitan IPO yang akan dikembalikan dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat