Untuk Suku Kedua 2021, Binance Bakar BNB Bernilai $393.6 Juta!

814

Hampir 1.3 juta token Binance Coin (BNB) bernilai $393 juta telah dibakar dalam pembakaran koin yang ke-16.

Sejak pelancaran BNB, Binance komited untuk membakar separuh daripada bekalan kitarannya yang berjumlah 100 juta BNB.

Berdasarkan whitepaper BNB sebelum ini, 20% daripada keuntungan suku akan dibakar. Namun whitepapernya versi terkini menjelaskan jumlah token yang akan dibakar bergantung kepada rekod jumlah perdagangan di platform pertukaran pada suku sebelumnya.

“Setiap suku tahunan, kami akan membakar BNB berdasarkan jumlah perdagangan di platform sehingga 50% BNB berjaya dihapuskan,” jelas Binance.

Pada suku sebelum ini, Binance telah membakar BNB bernilai $595 juta. Tetapi untuk suku kedua, masih belum jelas berapa peratus koin yang dibakar memandangkan Binance tidak membuat pendedahan umum.

Pembakaran koin kali ini gagal melonjakkan harga BNB. Sebaliknya aset itu menyaksikan pergerakan yang mendatar pada nilai dagangan, $300 ketika artikel ini ditulis.

Walakin begitu, BNB masih kekal sebagai salah satu matawang kripto terbaik yang direkod pada 2021. Aset ini masih mencatatkan peningkatan sebanyak 753% sejak awal 2021 walaupun menyusut 56% sejak paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat