Upgrade Terkini DOT Dilancarkan, Perkara Tidak Dijangka Pula Berlaku!

298

“Sabarlah ye DOT, ini semua dugaan sementara je.”

Mata wang kripto Polkadot (DOT) sekarang melihat pendakian pantas apabila naik taraf runtime paling dinanti-nantikan disiarkan secara langsung di mainnet, tetapi malangnya pemberhentian pengeluaran blok pada parachains bersaing yang lain telah tercetus secara tiba-tiba.

Naik taraf tersebut bertujuan menukar logik chain tanpa menggunakan hardfork susulan hard forking yang perlahan telah menimbulkan ketidakcekapan dan terdedah pada kesilapan, oleh itu perkembangan positif ini dapat menyumbang tahap penyelarasan luar talian diperlukan.

Diperjelaskan lebih lanjut, parachains mendapat keupayaan menaik taraf runtime tanpa hard forking melalui penggunaan Wasm dalam Substart iaitu rangka kerja yang boleh menguatkan DOT, Kusama dan banyak chains lain.

DOT boleh menaik taraf runtime melalui upgrade logik yang disimpan on-chain kemudian mengalih keluar cabaran penyelarasan yang memerlukan beribu-ribu pengendali nod menaik taraf lebih awal daripada nombor blok yang diberikan.

Memang tidak dinafikan pemberhentian itu telah beri kejutan kepada ramai orang, tetapi ia kembali ke pengeluaran blok aktif kira-kira sejam kemudian dan perlu diketahui ia bukanlah trend gangguan luar biasa dalam industri kripto.

Naik taraf runtime DOT adalah susulan daripada pengumuman awal untuk mengeluarkan naik taraf JAM iaitu protokol yang bertujuan menggantikan protokol kebolehoperasian Relay Chain yang dapat membawa reka bentuk lebih modular dan minimalis.

Setakat penulisan ini, harga DOT melonjak sebanyak 3.59% pada paras $7.45 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai lebih $10 bilion kemudian merekodkan kenaikan 8.17% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat