US Dolar Akan Mengukuh Pada Bulan September? Penganalis Kongsikan Sebab Mengapa!

551

Segelintir para pelabur bertaruh bahawa ketidakpastian dalam pilihan raya dapat mendorong pengukuhan US dolar daripada kejatuhan yang terus dialami.

Matawang US dolar sedang berada pada paras terendah dalam tempoh 16 bulan dengan penyusutan melebihi 9% daripada pencapaian tertinggi pada bulan Mac. Para penganalisis seperti Ben Rando yang merupakan pakar strategi di BofA Global Research berpendapat bahawa matawang US dolar cendrung mengukuh menjelang pilihan raya presiden terutamanya pada awal September dan Disember. Dalam jangka waktu tersebut matawang US dolar telah mengukuh sebanyak 2.50% sejak 1980.

Pada tahun ini, pergerakan matawang akan lebih dinamik menjelang pilihan raya pada 3 November dimana ketidakpastian hasil keputusan semakin ketara dan hal ini akan mendorong para pelabur menjual pelaburan berisiko dan melabur dalam pelaburan safe haven seperti US dolar.

John Floyd yang merupakan pakar strategi makro di Record Currency Management mempertaruhkan US dolar akan mengukuh berikutkan ketidakpastian dalam pilihan raya.

Disisi lain, setakat ini indeks US dolar mencatat penyusutan sebanyak 0.03% berbanding matawang utama pada paras 93.21 setakat jam 10.10 p.m.

Jumlah tuntutan awal pengangguran meneruskan penurunan pada minggu lepas kepada bacaan 860,000 jumlah tuntutan. Walaubagaimanapun bacaan ini kurang dari jangkaan penganalisis. Dalam hari yang sama,laporan lain melaporkan bahawa pembinaan rumah pada bulan Ogos jatuh lebih dari jangkaan kepada 1.416 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat