US Dolar Capai Paras Tertinggi Enam Minggu Lalu Setakat Ini

53

US Dolar meningkat berbanding enam matawang pada hari Selasa berikutan sikap optimis terhadap laporan peningkatan kadar faedah U.S dan pelan fiskal daripada Washington.

Indeks U.S dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meningkat dan mencapai paras tertinggi pada 93.78 sejak 17 Ogos.

Peningkatan U.S dollar didorong oleh laporan yang dikeluarkan pada hari Isnin, menunjukkan peningkatan dalam aktiviti industri yang mencapai paras tertinggi pada 60.8 sejak Mei 2004. Ditambah pula dengan jangkaan peningkatan kadar faedah pada bulan Disember oleh Fed.

Selain itu, sikap optimis para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah dan pemotongan cukai turut mendorong peningkatan U.S dollar dan dijangka akan melancarkan pertumbuhan ekonomi U.S.

Jangkaan kenaikan kadar faedah menyebabkan hasil bon kerajaan U.S kelihatan lebih menarik dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan U.S dollar.

U.S dollar meningkat berbanding Yen dengan USD/JPY iaitu sebanyak 0.21% pada 113.00. Manakala matawang Euro menguat berbanding U.S dollar sejak pukul 2 petang tadi dan ketika ini naik sehingga 50 pip. Hal ini kerana laporan undian yang condong ke arah kemerdekaan buat Catalonia diisytihar tidak rasmi oleh kerajaan pusat menyebabkan matawang Euro sedikit stabil.

Australlian dollar menyusut berbanding U.S dollar iaitu susut ke paras 0.7792 selepas RBA mengeluarkan kenyataan bahawa pertumbuhan aktiviti ekonomi dan inflasi dilihat berkembang namun mungkin akan bergerak perlahan disebabkan oleh paras matawang Aussie yang tinggi, meningkat sejak bulan Jun yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat