US Dolar Kekal Kusut, Tumpuan Kepada Data KDNK & PCE AS

267

Pergerakan US dolar kekal bercampur-campur dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang suram di sesi New York semalam.

Data pesanan barangan tahan lama (durable goods order) untuk bulan Januari catat penguncupan lebih buruk berbanding ramalan.

Menyusul pula data keyakinan pengguna AS yang hadir dengan bacaan angka yang lemah terhadap tinjauan isi rumah yang memberi petunjuk perbelanjaan yang suram.

US dolar tidaklah alami penyusutan yang ketara semalam namun tidak juga paparkan pengukuhan yang baik.

Pasaran akan menantikan data pertumbuhan ekonomi AS suku keempat yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini untuk bacaan kedua.

Seterusnya, barulah tumpuan akan beralih kepada data indeks perbelanjaan peribadi pengguna (PCE price index) yang menjadi indikator inflasi penting kepada Federal Reserve (Fed) dalam penilaian penetapan dasar monetari mereka.

Pasaran masih belum menerima sebarang petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari Fed yang memberi tumpuan kepada langkah penurunan kadar faedah.

Pada sesi Asia pagi ini, data inflasi Australia diperhatikan terlebih dahulu dengan bacaan terbaru menunjukkan angka kekal di paras sebelumnya iaitu 3.4%, meleset berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 3.6%.

Dolar Australia alami penyusutan nilai pada reaksi awal data tersebut diterbitkan.

Kemudian, menyusul pula keputusan mesyuarat polisi bank pusat New Zealand (RBNZ) menyaksikan kadar faedah terus dikekalkan di paras 5.50% seperti yang dijangkakan.

Dolar New Zealand paparkan kejatuhan nilai yang drastik selepas keputusan kadar faedah tersebut.

Pasaran akan memerhatikan kenyataan disampaikan oleh bank pusat berkenaan dasar monetari mereka selanjutnya.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah untuk kedua-dua penanda aras WTI dan Brent masing-masing pamerkan peningkatan positif.

Sementara, dagangan emas lebih mendatar dengan pergerakan harga kekal berlegar di zon tumpuan $2,030.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat