US Dolar Kekalkan Prestasi Pada Awal Minggu, Tumpuan Pasaran Beralih Pada Tindakan Lanjutan The Fed!

360

Indeks US dolar mengukuh ke paras tertinggi sebulan berbanding yen Jepun pada hari Isnin apabila peniaga memerhatikan satu lagi kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, manakala Bank of Japan berpegang pada dasar mudah buat masa ini.

US dolar mengukuh kepada 134.22 berbanding yen, paras tertinggi sejak 15 Mac. Ia naik 0.19% pada 134 yen. Sementara itu, indeks US dolar yang mengukur mata wang berbanding enam mata wang utama didagangkan untung 0.31% kepada paras dagangan 101.560.

“US dolar telah kembali mengukuh namun kami mendapat laporan bahawa komen daripada Bank of Japan yang menunjukkan bahawa tidak ada sebab sebenar untuk mereka berundur daripada dasar ultra mudah mereka,” kata Jane Foley, ketua strategi FX di Rabobank.

Jangkaan bahawa kadar faedah akan meningkat berbanding rakan setara global yang cenderung untuk meningkatkan mata wang negara dengan menjadikan pelaburan di sana kelihatan lebih menarik, dan begitu juga sebaliknya.

Gabenor Bank Jepun yang baharu, Kazuo Ueda minggu lalu menjelaskan bahawa negara itu akan kekal sebagai “dovish” dengan mengekalkan kadar faedah pada paras sangat rendah buat masa ini.

Sementara itu, harga dalam pasaran derivatif menunjukkan peniaga berpendapat terdapat kira-kira 86% kemungkinan Fed akan menaikkan kadar semula sebanyak 25 mata asas pada bulan Mei, meningkat daripada sekitar 69% minggu lepas.

Peningkatan itu berlaku selepas angka jualan runcit AS yang lalu disemak ke atas, seorang pegawai Fed berkata kenaikan kadar masih belum memberi kesan yang diingini, dan jangkaan inflasi pengguna meningkat pada hari Jumaat.

Mata wang euro secara kasarnya tidak berubah berbanding dolar pada hari Isnin pada $1.098. Ia mencecah paras tertinggi satu tahun pada $1.108 pada hari Jumaat, dengan peniaga menjangkakan kenaikan kadar faedah selanjutnya daripada Bank Pusat Eropah.

Mata wang sterling susut 0.07% kepada $1.241, selepas mencecah paras tertinggi 10 bulan pada $1.255 pada hari Jumaat.

Beat Nussbaumer, seorang pedagang mata wang dan pengurus portfolio, berkata beliau berpendapat US dolar akan lemah dalam beberapa minggu akan datang namun kebarangkaliannya rendah.

Foley dari Rabobank berkata pelabur akan memantau komen daripada Fed, dengan Austan Goolsbee, Christopher Waller, dan Loretta Mester antara pegawai AS yang akan bercakap minggu ini.

Foley menjangkakan satu lagi kenaikan kadar 25 mata asas daripada Fed pada bulan Mei sebelum ia mengekalkan kadar yang stabil untuk sepanjang tahun ini. Pelabur juga akan memerhatikan pendapatan bank, dengan Bank of America dan Goldman Sachs akan dilaporkan pada hari Selasa.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat