US Dolar Kembali Lesu? Ini Perkembangan Naratif Semasa Perlu Diketahui ‘Trader’!

347

Dolar menyusut sedikit namun masih tetap didagangkan pada paras tertinggi 5-1/2 bulan pada hari Rabu berikutan pegawai Federal Reserve mengulangi bahawa kitaran pengurangan kadar faedah sedang ditangguhkan bagi mengamati data ekonomi baru, seiring dengan penilaian prospek pelonggaran monetari bagi bank pusat G10 kekal hampir tidak berubah.

Para pengubal dasar bank pusat AS termasuk Pengerusi Fed Jerome Powell setakat ini masih menahan daripada memberikan sebarang panduan mengenai bila kadar faedah mungkin dikurangkan, malah menyatakan bahawa dasar monetari perlu diperketatkan lebih lama.

Data terkini menunjukkan bahawa ekonomi AS berada di landasan yang berbeza berbanding ramalan the Fed, menyebabkan para pelabur mengurangkan pertaruhan mereka terhadap pengurangan kadar masa hadapan. Sementara itu, risiko konflik di Timur Tengah yang semakin meluas menambah daya tarikan US dolar sebagai aset tempat perlindungan jangka pendek.

Beberapa penganalis berkata mereka masih berasa yakin terhadap US dolar pada aras semasa.

AS dan sekutunya merancang sekatan baru terhadap Iran berikutan serangan terhadap Israel. Bank of America mengubah  nada pada minggu lepas untuk pelonggaran monetari the Fed yang kini dijangka bermula pada Disember tahun ini, dan mengatakan US dolar akan mengukuhkan lagi jika pasaran menolak pengurangan kadar daripada the Fed untuk tahun ini.

Berbanding dengan sekumpulan mata wang, US dolar terakhir susut 0.1% kepada 105.95, hanya sedikit di bawah puncak lima bulan pada 106.51 yang disentuh pada hari Selasa. Indeks ini meningkat sebanyak 4.8% untuk tahun ini.

US dolar didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang euro pada $1.0643 pada hari Rabu, tidak jauh dari paras tertinggi 5-1/2 bulan pada $1.06013 yang disentuh pada hari Selasa.

“Kerana pasaran masih mengambil kira hampir dua pemotongan (Fed) tahun ini, risiko adalah untuk penilaian semula yang hawkish dalam minggu-minggu akan datang,” kata Olivier Korber, strategis di SG Markets. “Ini boleh memberi tekanan kepada EUR/USD di bawah 1.05.”

Trader kini mengjangkakan 40 mata asas (bps) pemotongan pada tahun 2024, jauh lebih rendah daripada 160 bps  yang mereka jangkakan pada permulaan tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat